Hari Sabtu minggu lepas aku dah mula selongkar balik baju-baju baby yang lama...yang mana masih boleh dipakai semuanya aku cuci. Esoknya aku pergi Jusco Tebrau cari serba sikit barang keperluan baby...buat tambah-tambah. Kesian pulak kat baby ni...takkan nak pakai baju lama jer kan...nak jugak belikan yang baru. Sekarang ni semua barang keperluan baby dah lengkap...tinggal jamu untuk aku jer aku belum beli lagi. Apa-apa hal pun barang baby kena sediakan dulu...buatnya terberanak esok lusa...sape tahu kan. Ni sekarang aku dah masuk 34 minggu. Kalau ikutkan pengalaman 2 anak yang dulu....memang aku beranak terlambat 2, 3 hari dari due date...tapi sape taukan kalau yang ni nak keluar awal.
Aku tak beli banyak pun baju baby...hanya 4 helai jer. Yang lama ada dalam 3 helai yang masih boleh di pakai...cukuplah tu kan. Oleh kerana aku tak tahu jantina baby aku ni...so aku beli warna yang asas jer cam merah, putih, krim ngan coklat. Warna-warna ni tak kira baby boy ke... girl ke...dua-dua boleh pakai. Mitten dengan booties pun aku beli 2 pasang jer...yang lama pun masih elok lagi. Kain bedung, lampin, barut dengan baju ni semuanya dari zaman Sofea lagi...masih elok. Lepas Sofea aku turunkan pulak kat anak sedara aku si Dania...pas tu balik pada aku balik masa lahirkan si Najwa...tahun lepas bagi kat adik aku Ekin masa dia lahirkan anak no 2 dia si Dhani. La ni balik pada aku balik. Ni semua aku dah siapkan Ahad lepas....dah basuh...dah nila...siap semua dah. Tinggal tunggu nak beranak jer.
0 ulasan:
Catat Ulasan