Rabu, Oktober 13, 2010
JAMU....
Sekarang baby kat dalam perut aku dah usia 7 bulan lebih. Aku tak scan pun...saje nak suprise. Setakat ni... Alhamdullillah aku sihat dan aktif...aktif dari ertikata lain... aku banyak bergerak kat opis. Satu hari kat opis aku turun naik tangga dekat 10 kali. Kehulu kehilir bawak perut yang memboyot ni uruskan macam-macam. Tekanan darah pun ok. Aku masih masuk gym kat tempat keje....masih lagi teruskan buat senaman ringan dan aerobik. Mudah-mudahan senanglah bersalin nanti. Tapi bila balik rumah aku jadi pasif dan pemalas. Banyak Mr Papa yang uruskan. Masak pun dah jarang-jarang. Hari Sabtu dengan Ahad jer aku masak...itupun kekadang termiss. Hari keje memang aku tak sempat nak masak...sampai rumah hari -hari pukul 7 lebih. Mana sempat nak masak. Hari-hari aku memang makan kat umah mak aku. Nasib baiklah Mr Papa tak kisah dan bukannya jenis yang cerewet. Dia tak kisah makan apa je janji perut kenyang. Ni nak citer sikit pasal jamu.Sekarang aku tengah survey-survey nak beli jamu apa. Rasa-rasanya aku nak teruskan jugak dengan jamu NR atau dulu dikenali dengan nama Nona Roguy. Lagipun aku memang tak pernah cuba jamu jenama lain selain dari Nona Roguy ni. Memula tu ingatkan memang naklah cuba jenama lain cam Mak Dara...Sendayu tinggi ke...Jamu selapan dari Mustika Ratu tu ke...tapi pikir-pikir balik tak jadilah rasanya. Aku lebih percaya pada jenama NR ni. Walaupun harganya agak mahal dari jenama yang lain-lain...tapi memang berbaloi-baloi. Pengalaman aku sepanjang berpantang lahirkan kakak ngan adik dengan menggunakan jenama NR ni memang aku puas hati sungguh. Aku tak pernah kena sembelit dan air susu memang banyak. Ada orang kata bila kita makan jamu...anak kita akan kuning bila minum melalui air susu badan kita...tapi Alhamdullillah...anak-anak aku terhindar dari kena kuning ni walaupun aku makan jamu. Ada sorang member aku ni pernah mintak pendapat aku...jamu apa yang bagus. Aku pun rekemenkanlah jenama NR ni...tapi dia tak beli sebab dia kata mahal sangat. Dia beli satu jenama ni...LF...tapi dia tak guna jamu ni sampai abis sebab dia kena sembelit yang teruk sampai kena beli ubat sembelit kat farmasi. Dari pengalaman kawan nilah yang buatkan aku cuak nak cuba jenama lain selain dari NR ni. Semalam aku dah survey-survey jamu NR ni kat stokis kat pusat bandar. Penggunaan untuk 2 bulan harganya dalam RM 500...ni harga ahli. Kalau nak jadi ahli kena bayar RM 50...bayar sekali seumur hidup. Kalau penggunaan untuk 44 hari harganya RM 300. Sebelum ni aku memang belum jadi ahli...tiap kali nak bersalin aku akan pinjam kad ahli dari budak opis aku....tapi sampai bila asyik nak pinjam jekan. Kali aku kena jadi ahli...dah malu nak minjam kat orang je. Aku dah survey jugak kat online...kalau jadi ahli kat online murah sikit...RM 10 je. Aku rasa aku beli untuk set 44 hari jelah...murah sikit. Kalau beli yang set penuh pun bukannya aku abis makan pun...membazir jer.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Make your own Countdown Clocks
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
0 ulasan:
Catat Ulasan