Ni cerita beberapa minggu lepas...baru hari ni aku dapat hapdet....ni pun aku hapdet masa kat hospital HSI sebab anak aku si Najwa kena tahan wad. Banyak masa terluang...tu yang aku hapdet blog. Majlis reunion ni diadakan pada 14 November 2010 dekat Restoran Borneo di Taman Cendana Pasir Gudang. Yang ni adalah majlis yang kedua...masa majlis yang pertama aku tak dapat menghadirkan diri. Selepas 18 tahun meninggalkan alam persekolahan...nilah kali pertama aku dapat bersua muka ngan kawan-kawan sekolah. Padahal memasing kebanyakkannya duduk kat Pasir Gudang jer...tapi ditakdirkan tak pernah pulak terserempak kat mana-mana. Cuma sorang dua jer aku pernah jumpa. Ada yang dah ada anak dara sama besar ngan maknya. Yelah...ada yang lepas SPM dah kena sambar orang. Mak ngan anak dah macam akak ngan adik. Apapun...malam tu aku memang enjoy dapat jumpa kengkawan lama...ikutkan masa memang tak cukup nak bergosip memacam hal....tapi yang penting seronok....


Ni cenderahati yang di sponsor oleh Puan Liza Mansor...

Badge ni pun sama...di sponsor oleh Puan Liza Mansor...tq so much Liza...



Kat belakang aku tu Kalsiah Zakaria (orang kuat majlis ni) dan Mazrina Mansor ...

Sebelah aku tu Marini Ismail...baju pink tu Liza Mansor (yang sponsor cenderahati) dan Faridah Haron...


Mr Papa dengan Sham...suami Marini...dorang memang dah kenal lama sebab pernah satu bilik masa zaman bujang...aku pun pernah kerja satu opis dengan si Sham ni...
0 ulasan:
Catat Ulasan