Hari Ahad baru lalu ni company aku buat family day dekat Starhill Golf Resort. Family day kali ni berkongsi dengan PGGT dan FOD. Semua kakitangan dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu rumah biru, merah, hijau dan kuning....aku diletakkan dalam pasukan biru. Walaupun pergerakkan aku agak terbatas kali ni disebabkan keadaan aku yang tengah bleeding tapi aku tetap nak memeriahkan sama family day kali ni. Mak aku pun dah pesan jangan aktif sangat....ingat-ingat sikit. Bila acara sukaneka bermula jer...aku terlupa diri sekejap. Akulah antara orang yang paling kuat beri sokongan pada rumah biru. Nasib baiklah aku tak boleh nak sertai semua games tu...kalau boleh masuk memang muka aku jelah yg masuk semua games yg ada tu. Walau tak dapat main semua games tu...tapi aku tetap terkinja-kinja beri sokongan pada rakan sepasukan aku. Ada bagusnya jugak family day kali ni dibahagikan ikut rumah pasukan sebab nampak happening dengan sorakan dari penyokong rumah masing-masing. Ni baru first time family day kat FJB ni ada rumah pasukan....sebelum ni tak pernah. Bila dah ada rumah pasukan barulah kita nampak kerjasama diantara satu sama lain dalam pasukan....padahal sebelum ni kat tempat kerja tak pernah berbual pun. Aku rasa family day kali ni memang happening...teringat balik zaman persekolahan dulu....tapi aku rasa kalau aku dapat join games yg ada lagilah happening...he..he..he...Diakhir acara rumah kuning jadi juara keseluruhan diikuti oleh rumah hijau dan merah....yang last sekali rumah biru. Last pun lastlah yang penting seronok. Jom layan gambar-gambar yg sempat aku snap ni :-

Anak beranak duduk sepesen jer
0 ulasan:
Catat Ulasan