Dah 2 malam aku tidur kat HSI sebab nak buat DNC. Aku masuk wad hari Isnin petang. Malam tu aku dah kena puasa dari pukul 12 malam sebab esok aku dah kena buat DNC. Pukul 10 pagi aku dah disorong masuk dewan bedah tapi bukan on the sport terus buat. Dalam dewan bedah tu jer dah ada 3 patient yg menunggu termasuk aku 4 orang. Sementara nak tunggu masa aku tiba...2, 3 kali aku terlelap. Pukul 1 lebih barulah tiba giliran aku. Nilah first time aku masuk bilik bedah...takut jugak. Padahal nak buatnya sikit jer...tapi umat yg kat dalam bilik bedah tu adalah dalam 6 orang...termasuk dua nurse lelaki. Yang buat DNC kat aku doktor pompuan ...muda lagi nama dia Maria. Dia terangkan kat aku yang aku akan dibius separuh badan...dari pinggang ke bawah. Aku disuruh duduk sebab dia nak bius kat tulang belakang aku. Masa dia nak bius tu dia suruh aku tundukkan kepala aku kebawah...duduk tegak...jangan gerak. Nurse yang lelaki tolong tekan kepala aku kebawah...kali pertama dia bius jarum tu boleh bengkok...masa ni aku dah rasa jarum tu cucuk kt tulang belakang aku...sakitnya ya Allah...cam nak terkencing. Lepas tu doktor ni amik jarum yg lain...masa ni kepala aku dah sakit kena tekan dengan nurse yg jantan tu. Prosedur nak bius ni jer makan masa dekat 10 minit...bila dah siap bius...aku dongakkan kepala aku....dah mula rasa pitam. Dengan perut kosong...aku dah mula rasa nk muntah. Lepas bius aku dibaringkan... tak sampai 1 minit kaki aku dah mula rasa kebas. Kaki aku kiri kanan digantung pada besi...masa ni aku dah tak rasa apa-apa dah. Masa doktor tengah buat DNC tulah aku muntah air...banyak tu. Buat DNC tak lama ...dalam 15 minit jer...tak rasa sakit pun. Aku pun tak rasa apa masa doktor buat...sedar-sedar nurse kata dah siap jer. Aku ingatkan bila dah siap dia terus lah hantar aku masuk wad....haram....ditahannya lagi kat dewan bedah. Kat dalam dewan bedah ni...aku dipakaikan dengan topeng gas...wayar berselirat kat badan aku...kalau orang tengok aku mesti ingat aku dah nazak padahal aku ok tak rasa apa-apapun. Yang pasti lepas dia pakai kan aku topeng gas oksigen tu aku tertidur...dekat 2 jam jugak. Aku keluar dari dewan bedah tu dekat pukul 5 petang. Itupun doktor cakap aku tak boleh bergerak selama 6 jam...doktor suruh aku baring jangan angkat kepala sebab takut pening. Dengan kaki yang tak berasa...perut lapar lagi...aku memang rasa rimas betul. Pengalaman buat DNC ni cukup buat aku serik betul...aku rasa lebih baik aku beranak. Sakit-sakit baranak pun kita ada baby. DNC ni walaupun tak sakit...tapi aku memang rasa siksa betul. Tapi aku rasa kalau buat kat hospital swasta mungkin tak macam ni. Dah namanya hospital kerajaan kan...biasalah. Nasib baiklah doktor ngan nurse kat HSI ni baik-baik belaka. Sepanjang 2 hari aku kat HSI ni doktor yang aku jumpa semuanya muda-muda belaka...comel-comel dan hensem-hensem semuanya. Doktor yg tua-tua aku cuma nampak 2 orang jer itupun doktor pakar. Wadnya pun cantik..maklumlah hospital baru. Aku masuk kelas 3 pun dah cantik...ada 6 katil. Satu hari dia charges RM 3. Tengahari ni tadi baru aku dapat balik. Aku memang dah tak sabar-sabar nak balik...rindu dekat anak-anak aku.
Uzurnya Mereka...
2 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan