Malam Jumaat lepas...masa aku tengah buang air kecil...tetiba darah menitik-nitik keluar. Darah yang keluar tak banyak sangat...perut aku pun takde rasa sakit. Keluar jer dari bilik air ...aku menangis cam nak rak. Aku dapat rasa mesti ader problem ngan baby aku. Esok pagi aku pergi cek kat Klinik Sejahtera. Doktor scan perut aku...dia kata baby tak membesar selari dengan usia dia yang dah 11 minggu. Ikutkan kalau usia dah 11 minggu...dah ader bentuk cam baby. Ini tak...bulat jer. Kali ni aku dah tak nangis lagi....sebab malam tadi aku dah nangis sepuas hati. Bangun tidur paginya aku dah siap sedia terima berita kemungkinan kehilangan baby aku ni...tapi dalam hati tetap sedih. Mr Papa pun cakap ngan aku...dah takder rezekikan nk buat camner. Biarlah terjadi sekarang sebab kandungan pun masih kecik lagi...kalau baby dah besar dalam perut...tiba-tiba jadi camni...lagi sedihkan? So...doktor pun rujuk aku pergi HSI untuk rawatan lanjut. Si Sofea...bila aku kata aku nak pergi hospital...dia ingatkan aku dah nak beranak...dia punyalah excited. Terpaksalah aku cakap ngan dia yang baby dalam perut mama sakit...baby dah tak ader...dah jadi daging. Nasib baiklah dia faham....tapi lepas tu dia sibuk tanya bila aku nak buat baby lagi. Aku jawap... tunggu kakak naik darjah 2 nanti baru mama buat baby lagi...pas tu dia boleh tanya lagi...buat baby camner mama? Lepas tu aku terkedu nak jawap aper pun tak tau.
Tengahari tu aku pergi ler HSI...aku siap bawak semua barang keperluan aku cam kain batik, baju, pad dan toiletries sebab mesti kena tahan wad. Sampai jer hospital aku terus dihantar ke bilik saringan. Yang cek aku doktor pelatih lelaki bangsa cina...muda sangat...cam budak lepas SPM. Masa mula-mula aku nengok doktor ni aku memang tak yakin...cakap melayu pun berterabur. Pakai mesin scan pun terkial-kial. Dia scan aku tapi dia tak dapat jawapan kenapa aku bleeding. Lepas tu datang 2 orang lagi doktor pelatih cina...sorang pompuan sorang lelaki...semua sekali 3 orang doktor yg cek aku. 3 orang doktor sengal ni godeh aku cam nak buat eksperimen. Daripada scan perut sampailah dia scan kat 'anu'...sampai sudah diorang tak dapat jawapan. Dekat 1 jam doktor-doktor sengal ni cek aku. Hati aku sakit betul masa tu...dahlah dalam bilik tu sejuk nak mampus. Lepas tu datang sorang nurse yg senior...terus scan jantung baby terus dia nampak yg jantung baby dh tk berdenyut. Tak sampai 10 pun nurse tu cek aku. Dia suruh aku balik umah dulu... hari isnin masuk wad...selasa baru buat DNC...hari rabu baru keluar wad. Lagipun bleeding aku tak banyak sangat...cuma perut aku sesekali rasa cramp. Aku pun suka jugak bila dapat balik...sebab ari ahad company aku ader family day. Dapatlah aku join.
Uzurnya Mereka...
2 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan