Isnin, Ogos 09, 2010
BOLEH KE TAK NI?
Boleh ke tak ni? Apa yang boleh apa yang tak ni? Lusa dah nak mula berpuasa. Ya Allah...mintak-mintak bolehlah aku puasa penuh tahun ni. Aku tak pernah lagi merasa ngandung masa bulan puasa. Kalau berpantang masa bulan puasa memang aku rasa....sebab sikakak aku lahirkan masa seminggu nak puasa...yang si adik pulak lagi 2 minggu puasa. Lepas tu jenuh aku nak ganti puasa sebulan. Sekarang ni kandungan aku dah masuk 5 bulan...yang membuatkan masalah sekarang ni...perut aku ni manjang jer lapar. Aku makan sikit jer tapi kena kerap...selang 2, 3 jam aku mesti lapar. Kalau lunch amik 2 senduk nasi pun aku tak abis...tapi siaplah dalam kul 3 petang aku mesti nak kena 'mentong' orang jawa kata. Malam pulak selalunya sebelum masuk tidur perut aku mesti berbunyi-bunyi mintak makan...selalunya nak mengelakkan aku rasa lapar aku tidur awal. Pukul 10 malam aku dah masuk bilik. Kalau tidur lebih dari pukul 10 malam...jawabnya kalau lapar maggi lah aku belasah. Perut aku pulak tu tak boleh dibiarkan kosong...kalau kosong gerenti aku pedih ulu hati. Bila dah pedih ulu hati tu yang buat aku nak muntah. Benda nilah yang merisaukan aku...pedih ulu hati dan muntah. Walau macamanapun...aku mesti cuba sedaya upaya untuk berpuasa penuh...Insyaallah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Make your own Countdown Clocks
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
0 ulasan:
Catat Ulasan