Ni cerita masa hari Ahad. Kursus pastri dan roti kat Kolej Komuniti...yang dihadiri oleh kaum hawa kat FJB. Tenaga pengajarnya dari Politeknik Johor Bahru. Ada 2 resepi yang diajar hari tu...wholemeal bread dan soft bun. Kursus ni dibiayai oleh Kelab Sukan FJB...sebab kaum hawa FJB ni takde apa-apa aktiviti pun. Yuran tiap-tiap bulan bayar. Itupun kurang mendapat sambutan walaupun free. Yang dapat datang adalah dalam 14 orang jer...yang lain-lain semuanya ada hal yang tak dapat dielakkan. Seronok jugak dapat belajar ramai-ramai camni...kalau nak harapkan aku keluar duit sendiri...memang tak pergilah jawabnya. Ni dahlah free...dapat ilmu lagi. Yang datang belajar hari tu bukan orang FJB jer...campur jugak dengan orang luar...adalah dalam 25 orang semua sekali. Satu jer benda yang tak best...keadaan dalam kelas tu panas sungguh. Ada kipas tapi cikgu tak bagi bukak...sebab nanti rotinya kurang menjadi. Nasiblah kelasnya sampai kul 1.00 jer...kalau sampai petang.....mau pengsan aku.
Sebelum balik...posing ramai-ramai..
Kak Ita sedang menunjukkan skill menguli tepung...
Rotinya satu hapah tak siap lagi...kerjenya asyik posing jer..
Ini kumpulan aku....apa-apahal posing dulu sebelum mulakan projek menguli..
Dari kiri...Kak Gayah...Suhaida..Hamimah..Nurul Hezah...Mas...Kak ita dan Amelia Tee
Yang india ni bukan orang FJB...apa ntah nama dia...aku lupa...Zila...Kak Fuzah...Kak Nor...Kak Nab...Kak Hanim...dan aku le tu...bersama hasil yang telah siap dibakar..
Muka-muka kepenatan dan kepanasan...
Suasana kat dalam kelas...panas tu...berpeluh-peluh dibuatnya..
gebus-gebus rotinya...
Walaupun rupanya tak berapa nak cantik...sebab ahli kumpulan aku semuanya kerastangan...tapi rasanya mabeles...lembut dan gebu.
Ini hasil lepas keluar dari oven....bolehlah kan...first time menguli roti...inilah rupanya..
0 ulasan:
Catat Ulasan