Pertandingan memancing anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan FJB ni diadakan di pesisir pantai Kg Tanjung Langsat pada hari Ahad lepas. Ni kali kedua kelab sukan anjurkan aktiviti memancing ni...kali pertama dianjurkan sebelum aku masuk kerja kat FJB lagi. Aku sebagai setiausaha kelab sukan kenalah menyibuk-nyibuk kan diri walaupun lebih banyak sibuk layan kerenah anak-anak. Walaupun ni aktiviti company...tapi dapatlah jugak aku bawak family bersantai di hujung minggu. Ni first time aku masuk ke Kg Tg. Langsat...padahal aku dah duduk kat Pasir Gudang ni dah berpuluh tahun...kalau tkde aktiviti memancing ni memang jawabnya tak sampailah aku kat sini. 3-4 keping ambar-gambar yang cantik berseni kat bawah ni bukan dari kamera aku...ni dari kamera budak opis aku si Arul...gambar yang tk berapa nk cantik tu pakai kamera aku...aku suka sangat gambar yang nampak awan tu...
0 ulasan:
Catat Ulasan