Aku suka sangat dengar lagu ni. First time aku dengar lagu ni dalam drama Tari Tirana yang tayang kat TV3 tu. Drama ni takdelah best mana pun...tapi disebabkan lagu ni jadi best pulak. Memula dengar biasa jer lagu ni...tapi bila dah tiap-tiap minggu tengok drama Tirana tu...dengar lagu ni jadi sedaplahlah pulak. Penyanyi dia nama Naizle....aku tak pernah pulak dengar nama dia. Penyanyi baru agaknya...tajuk lagu dia Pendeta. Satu lagi....lagu tema drama Na O Mei...yang sekarang tengah tayang pukul 6.30 petang kat TV3 tu. Apa ntah tajuk lagu dia. Pun best jugak...tak silap aku nama penyanyi dia Han. Hari-hari dengar jadi sedap pulak...suara penyanyi dia pun sedap. Jomlah kita nyanyi sama-sama lagu pendeta ni...
Sepanjang hidupku telah dihabiskan
segala masa dan usaha
kerana kamu
sepanjang jalanan ku telah luahkan
segala kata dan kenangan
bersama kamu
engkau siapa
dipentas samaran
sang pendeta
asyik berpura
kau sebenarnya
sekuntum debunga wisteria
indah nan jelita
namun racun yang berbisa
aku keliru sejuta lagu
kerna kekasihku
ia bukanlah namamu
aku mengaku belakangimu
dialah jiwaku
disinggahsana pendeta itu
setinggi anganku dia diciptakan
sayang fikirlah oh
apakah pengertianku
setinggi rinduku dibawa bayangan
sayang dimana fenomena ketulusanmu
0 ulasan:
Catat Ulasan