Hari ni aku memang mengalami sindrom bengang giler tahap maksimum. Bukan setakat bengang jer...hati aku pun panas jugak ni. Sekarang ni kat opis aku dah ada orang bangang yang buat undang- undang sengal yang menyakitkan hati. Mula hari ni..... aku dah tak boleh nak surf internet kat opis walaupun aku bawak lappy sendiri dan aku guna broadband sendiri. Karen company pun aku tak guna tau...dari rumah aku dah siap-siap cas batteri lappy aku bagi full. Bukannya aku guna lappy mak bapak dorang pun. Kalaulah aku ni surf tenet masa kerja...aku bolehlah jugak terima...ni tak....aku bukak lappy aku time rehat yg 1 jam tu jer. Alasan bangang yg dorang bagi....masa rehat adalah untuk berehat...bukannya buat benda lain. Bangang tak alasan tu? Apa... selama ni masa rehat... dorang nampak aku berjoging ke dalam opis. Agaknya dorang lebih suka nengok kita yang pompuan ni duduk berlongggok time rehat...pas tu ngumpat-ngumpat...kutuk mengutuk...buat tahi mata. Selain aku...ada sorang dua jugak yg bawak lappy pegi opis. Aku pun tak taulah apa yg dorang sakit hati sangat pada kitaorang yg bawak lappy sendiri ni. Tu dah kira bagus aku tak surf tenet kat PC opis. Kalau kat rumah aku memang tak sempat nak surf tenet ni....kalau nak surf jugak kat umah kena tunggu anak- anak tido. Nak tunggu dorang tido....jawabnya kul 11 lah baru aku dapat bukak lappy. Tu sebabnya aku bawak pegi opis. Kalaulah aku ni bukak laman web blue...pas tu kantol ngan orang atasan....aku boleh terima kalau dorang buat undang-undang sengal ni. Aku selalunya bukak FB, update blog dengan jenjalan kat blog kengkawan...itu aje. Masa rehat aku sepatutnya sukahati akulah nak buat apapun. Time kerja aku kerja betul-betul...time rehat aku dorang patutnya tak boleh kacau. Kalau hari Jumaat lagilah bosan...rehat2 jam setengah...apa aku nak buat. Nampaknya lepas ni aku balik pada hobi asal aku sebelum aku ada lappy...baca majalah, buku ceriter ngan paper time rehat. Ntahlah... aku tak paham dengan dorang yg buat undang-undang sengal ni. Itu tak boleh...ini tak boleh...apa yang boleh pun aku tak taulah. Dulu tak macam ni pun...ingatkan ada orang sama bangsa lagi senang kerja....ini lagi teruk ada. Yang tak sama bangsa ngan kita lagi memahami orang bawahan dia....tak pernah pun kacau kita nak buat apa. Janji kerja kita beres. Arggghhhhhhh.....bengang yang amat sangat nih.....
0 ulasan:
Catat Ulasan