Semenjak abah aku kena stroke ni...aku satu family tak pernah lagi makan ramai-ramai kat luar. Malam Ahad lepas aku bawak family aku pergi makan kat luar. Planning awal nak makan dekat kedai makan yang kat tasik layang-layang. Lagipun aku tak pernah cuba makan kat situ....tapi disebabkan petangnya hujan lebat kat Taman Mawar...aku terpaksalah tukar tempat lain. Kedai makan yang kat tasik tu jenis yang open air dan berlantaikan rumput. Dah tentulah rumputnya basah sebab baru lepas hujan. So..aku bawak jer family aku ke restoran Sasa kat Pusat Bandar jer. Sebenarnya restoran Sasa ni bukanlah pilihan aku tapi disebabkan dekat dengan rumah dan restoran ni takder tangga...maka aku terpaksa pilih restoran ni. Kenapa aku pilih yang takder tangga? Sebab abah aku pakai wheel chair...so untuk menyenangkan pergerakan dia. Restoran Sasa ni pada akulah (pada orang lain aku tak taulah) kalau nak makan nasi campur waktu lunch...oklah sebab dia ada macam-macam pilihan...tapi kalau nak makan masakan siam aku rasa baik tak payah sebab.....tak sodap. Masakannya tak menepati selera aku tapi dalam pada tak sodap tu...tetap licin...hehehehe...
Isnin, Januari 04, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Make your own Countdown Clocks
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
0 ulasan:
Catat Ulasan