Yea...yea...dapat bonus. Macam biasalah...kat FJB...bulan December jer mesti dapat bonus. Walaupun hanya 2 bulan jer...tapi alhamdullillah...dapat jugaklah bantu-bantu Mr Papa beli buku sekolah Sofea. Baju, kasut, tudung, beg sekolah dan alat-alat tulis semuanya Mr Papa dah settlekan. Tinggal beli buku sekolah jer. Dah namanya anak kitakan...so kita kongsi-kongsilah perbelanjaan untuk sekolah anak. Perkahwinan kan satu perkongsian...betul tak? Lagipun buku sekolah bukannya mahal sangat...tak sampai Rm 200 pun. Duit bonus aku hulur jugak kat parents aku...biar berkat. Mak aku kalau aku bagi dia duit hujung bulan sebab jaga anak aku...mesti tak lekang dari mulut dia cakap... terima kasih long...semoga murah rezeki anak aku. Doa yang spontan yang keluar dari mulut dia tulah yang aku nak dengar. Disebabkan doa spontan dia tu jugaklah... walaupun gaji aku taklah besar mana tapi alhamdullillah cukup untuk aku. Doa ibukan mujarab. Lepas tu barulah boleh buat aktiviti yang aku suka....apa lagi kalau tak pergi shopping. Dah lama tak pergi shopping ni...last shopping besar-besaran masa hari raya. Ada satu benda yang aku dah target nak beli bila dapat bonus....apa bendanya tu? Nantilah bila aku dah beli benda tu aku hapdet kat sini. Ada orang suka beli barang kemas bila ada duit...tapi aku pulak tak berapa minat nak beli emas. Pada aku cukuplah setakat gelang satu, rantai satu cincin satu sebagai seri...biar tak nampak kosong orang kata. Rantai yang aku ada nipun mak aku yang bagi...cincin pun cincin masa aku kahwin dulu...itupun kekadang aku tak pakai. Gelang tangan aku pun aku beli masa zaman anak dara. Memanglah beli emas tu satu pelaburan jangka panjang....tapi entahlah...aku memang tak minat nak berhabis duit beli emas. Dalam kepala hotak aku ni kalau boleh memacam nak di beli...nak pergi jakellah...nak pergi ariani lah....nak pergi jusco lagi...macamlah dapt bonus 10 bulan...tapi tulah...kita tak boleh ikutkan sangat nafsu shopping ni. Yang pasti...aku mesti shopping baju anak-anak aku dan anak buah aku yang 2 ketul tu...dan yang paling penting....kena simpan jugak sikit dalam ASB.
0 ulasan:
Catat Ulasan