
.jpg)
Hari ni mak aku sambut hari lahir yang ke 59. Sampai jer kat umah mak pagi tadi aku terus wish happy besday kat dia sambil tu aku kiss dia kat pipi. Aku adik beradik takder buat apa-apa sambutan untuk mak hari ni. Aku ingatkan nak buat hari khamis nanti sekali dengan besday Najwa. Bolehlah mak potong kek ngan cucu dia. Untuk besday mak hari ni aku cuma hadiahkan coklat spesel yang aku tempah khas untuk mak dari nhsweetcoklat.blogspot.
Aku ibaratkan mak aku ni macam superwoman. Sebab apa aku samakan mak aku macam superwoman? Sebabnya.....dalam pada dia jaga abah aku yang sakit, dia jaga anak-anak aku jugak (thanks mak sebab jaga Sofea ngan Najwa masa Along pegi kerje). Lepas tu dia boleh buat karipap orang tempah lagi. Penat tu....lagi-lagi jaga orang sakit ni, kena kuat mental dengan fizikal. Almaklumlah jaga orang sakit ni kan macam-macam kerenahnya. Aku memang tabik springlah dekat mak aku. Kalau aku belum tentu boleh buat apa yang mak aku dah buat. Untuk mak...Along ucapkan selamat hari lahir yang ke 59. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik serta kesabaran yang tinggi pada mak untuk jaga abah. Kitaorang semua sayang kat mak sepenuh hati...muahhh...muahhhh....
0 ulasan:
Catat Ulasan