Hari Ahad pagi aritu ada orang datang urut abah kat rumah. Pakcik tukang urut ni kerja dia urut orang kat Hospital Sultan Ismail. Jangan tak tau kat HSI pun ada perkhidmatan urut mengurut jugak. Tak salah aku urut lepas bersalin pun ada. Bayar RM 5 jer tapi kena buat appoinment dulu. Kalau takde appoinment.....bo layan. Kalau nak panggil dia datang rumah pun boleh tapi bayaran dalam Rm 50 sekali urut. Urut kat rumah ni kira kerja luar dialah tak terikat ngan spital. Sebelum ni bawak abah urut ngan pakcik ni kat spital, Tapi tulah... kalau nak bawak abah urut kat spital nak tengok jugak masa tukang bawak tu (adik ipar aku atau adik lelaki aku). Kalau kebetulan tukang bawaknya off kerja bolehlah urut kat spital. Kalau urut kat spital perkhidmatan dia hari kita keje je. Sabtu ngan Ahad takde. Yelahh..tukang urut pun nak cuti jugakkan? Pakcik tukang urut ni peramahnya boleh tahan. Macam-macam petua dia bagi. Apa yang bagus makan, apa yang tak bagus makan. Contohnya macam bunga kantan. Pakcik ni kata kalau kita sakit angin dalam badan dia suruh elakkan makan bunga kantan ni sebab nanti badan boleh bisa-bisa. Baru aku tau selama ni aku main balun jer janji sedap. Bunga kantankan sedap kalau masukkan dalam kuah asam pedas ke, laksa ke. Harap-harap abah serasilah dengan urutan pakcik ni. Manalah tau lepas ni abah dah boleh diri sendirikan. Insyaallah......
Uzurnya Mereka...
2 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan