Aku bukannya apa, saja nak berkongsi perasaan boring tahap gaban aku di pagi Isnin ni. Rasa cam nak jerit cam budak sengal kat atas tu. Biasalah kalau hari Isnin nak pergi kerja bercinta betul. Aku gerenti bukan aku jer yang rasa 'blues' pagi Isnin, sesape jer yang bekerja mesti terkena penyakit 'Monday blues' ni. Lagi pulak dari petang semalam sampai ke malam hujan turun. Best tu tidur, sejuk jer. Bangun subuh payah tu mata nak bukak. Dengan sejuknya nak mandi menambahkan lagi rasa malas nak pergi kerja. Sampai opis memasing diam jer. Semuanya tunjuk muka 'blues'. Kena pulak sampai-sampai jer opis, boss mula buat perangai. Membebel tak tentu pasal. Aduhai....sabo jerlah. Jam tulah rasa macam nak jadi surirumah sepenuh masa. Layan kerenah anak lagi bagus. Cepatlah pukul 5, aku nak balik rumah. Aku tak sabo nak tunggu hari Jumaat sebab hari Sabtu kena turn aku cuti.
0 ulasan:
Catat Ulasan