


Aku nak cerita sikit pasal drama ni. Sekarang aku tengah mengikuti drama NUR KASIH kat TV3 tiap hari Jumaat pukul 9 malam. Drama ni islamik sikit. Boleh tahan jugak drama ni walaupun mula-mula tengok perjalanan cerita dia cam slow je tapi bila dah mengikuti best jugak jalan cerita dia. Drama ni diarahkan oleh Khabir Bhatia salah seorang pengarah terbaik di Malaysia. Selalunya garapan Khabir Bhatia ni tak pernah mengecewakan. Kebanyakan drama dia aku suka macam Manjalara dan Kekasihku Seru. Pelakon-pelakon Nur Kasih ni walaupun teraju utama dia orang baru tapi lakonannya taklah mengecewakan macam yang pegang watak Nur Amina tu. Walaupun aku tak pernah tengok dia berlakon tapi kira oklah lakonan dia. Muka dia manis je sesuai lah dengan watak dia dalam drama ni sebagai seorang yang lemah lembut. Pelakon utama yang lain cam Fizz Fairuz dengan Remy Ishak pun ok jugak. Fizz Fairuz tu sesekali aku tengok lakonan dia ala-ala Rosyam Nor. Remy Ishak pulak aku tak berape berkenan. Adik aku si Ila yang minat kat Remy ni...tak gitu Cik Ila?. Dia kata Remy Ishak ni macho. Macho ke? Entahlah mata masing-masing.Mata aku tengok hancur adalah..he..he..he...Jangan marah ye Cik Ila aku kutuk pelakon 'pojaan' hati kau itu..he..he..he.. Apapun, aku dah termiss episod minggu lepas gara-gara pergi main boling. Tapi takpe mana-mana yang dah termiss tu boleh tengok balik kat laman web TV3.
0 ulasan:
Catat Ulasan