Dua, tiga hari ni aku tension betulll....kat seorang makhluk ni. Aku tak tahulah nak kategorikan dia ni makhluk jenis apa. Nak kata orang, perangai dia kekadang cam monster. Nak kata monster, kekadang dia ok (kekadang jer) tapi memanjang tak ok. Kalau sampai angin 'menopause' dia......aarrghh....aku rasa cam tu jam jugak aku nak resign 24 jam. Tapi tulahhh....kalau aku resign, aku nak kerja kat mane. Ada ke company yang nak amik aku yang dah masuk kategori 'mak dara' ni. Lagipun, kerja kat sini gaji pun dah ok. Cuma yang tak ok orang tua ni jer. Aku rasa kalau aku kerja kat tempat lain belum tentu aku boleh dapat gaji cam kat sini. Berbalik pada makhluk ni tadi, hari-hari ada jer salah kitaorang yang dia cari. Kalau takde salah pun dia akan ada-adakan. Buat tu salah, buat ni salah. Hari ni cakap lain, esok, lusa, tulat, langkat dia cakap lain. Kalau bab membebel tak usah ceritalah, dah jadi cam hiburan. Bila dia tak membebel satu hari kitaorang naik pelik, dah buang tebiat ke orang tua ni. Nak berborak dengan kengkawan opis pun takut-takut. Cakap pun berbisik-bisik. Dia memang pantang dengar kitaorang berborak, nanti dia ingat kitaorang ni takde kerja. Kekadang aku rasa cam kerja kat rumah mayat.Sunyi sepi. Kan ke bagus kalau dia tengah membebel tu, dia tergigit lidah ke, gigi dia patah ke, mulut dia bengkak ke......he..he..he...baru padan muka dia. Lagi sadis, kitaorang anggap dia dah terkena penyakit ALZHEIMER ataupun bahasa yang paling mudah...NYANYUK. Hari yang paling seronok bila tau.....bila dia cuti. Masa tu opis akan jadi cam pasar malam. Siap buat makan-makan lagi sempena meraikan 'percutian' dia walaupun dia cuma cuti 1 hari jer. Orang tua ni kalau luar waktu kerja dia ok sebenarnya. Cuma masa kerja jer dia ada hanginnnn....satu badan. Yelahh...dia boss kan nak buat camne. Tahan jelah. Tahan tak tahan pun dah masuk tahun ke 10 aku kerja kat sini. Alhamdullillah...kengkawan kat sini semuanya ok, tu yang buat aku bertahan kerja kat sini. Kalau diizinkan Allah, panjang umur, aku nak kerja kat sini sampai pencen.
0 ulasan:
Catat Ulasan