2 Julai ni genaplah 2 bulan abah kena stroke. Setakat ni adalah sikit perubahan kat abah. Kalau dulu air liur dia asyik meleleh je tapi sekarang ni dah kurang sikit. Kaki kiri dia masa mula-mula kena stroke dulu langsung tak ada rasa tapi sekarang ni dah ada rasa kalau dipegang. Kadang-kadang kaki dia gerak sendiri secara spontan. Cuma tangan dia belum ada perubahan lagi. Sejak abah kena stroke ni kitaorang adik beradik busy sikit. Balik je kerja kena mandikan abah dulu baru boleh balik rumah sendiri. Lepas maghrib datang lagi, jengok-jengok apa yang patut. Boleh dikatakan rumah sendiri dah jadi cam hotel. Balik rumah cuma untuk tidur je. Kalau hari tak kerja kitaorang berkampung kat rumah abah.
Di kesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada suamiku (Mr Papa) kerana sudi sama-sama menjaga abah macam abah sendiri. Tak lupa juga untuk adik ipar aku (Hairul dan As) yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan bila diperlukan. Pengorbanan korang semua hanya tuhan yang dapat membalasnya. Untuk mak dengan ila yang sentiasa disisi abah (terutama mak yang jaga abah 24 jam) semoga banyakkan bersabar melayan kerenah orang sakit. Untuk abah...selagi ada hayat dikandung badan kita semua akan jaga abah sebaik mungkin sebagaimana abah jaga kitaorang adik beradik.

0 ulasan:
Catat Ulasan